Saturday, 21 March 2015

Wahai Lelaki

Jika engkau berniat menjadikan seorang wanita itu isteri
maka bimbing lah die ke arah yang sepatutnye
jauhkan diri dari melakukan sebarang dosa
tuntutlah apa yang sepatutnya dituntut


Kawallah nafsu mu agar kelak akan memberi keuntungan kepadamu
seorang lelaki yang kuat adalah mereka yang boleh mengawal nafsunya
manakala lelaki yang lemah pula adalah mereka yag sentiasa dikuasai nafsu
bimbinglah diri ke jalan yang benar

Belajarlah menjadi imam agar dapat mengimamkan istri-isterimu dan anak-anakmu
maka solatlah secukupnya, timba ilmu sebanyak mungkin agar tidak kecundang di pertengahan jalan
kerana solat adalah tiang agama, ilmu adalam makananmu

Pabila bergelar suami
tunaikanlah tanggungjawabmu dan berikanlah nafkah yang mencukupi kepada jagaanmu
nafkah zahir dan batin kepada isteri - isteri dan keluarga
lindungi keluargamu

by : Makanan Jiwa @ WLM_minion